fbpx

Perlu lebih banyak pusat jagaan warga emas swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (dua dari kanan) bertanya khabar salah seorang warga emas yang tinggal di Shalis Care Centre, Jalan Telipot di Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan menggalakkan lebih banyak penubuhan pusat jagaan warga emas swasta di seluruh negara sebagai persediaan untuk menghadapi status negara tua 2030.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, beliau berharap pihak korporat turut sama mewujudkan pusat berkenaan yang menyediakan perkhidmatan jagaan harian atau transit kepada warga emas

Katanya, pusat berkenaan bukan sahaja menyediakan perkhidmatan jagaan malah ia berupaya menjadikan kehidupan warga emas lebih sihat, aktif dan cergas.

“Malaysia akan menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila 15 peratus rakyat akan berusia 60 tahun ke atas ketika itu.

“Dalam tempoh kurang 10 tahun ini, kerajaan berharap kerjasama tenaga pihak swasta untuk mewujudkan lebih banyak pusat jagaan warga emas yang turut menyediakan kemudahan bukan sahaja penjagaan malah fisioterapi dan kaunseling,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat jagaan warga emas, Shalis Care Centre, Jalan Telipot di sini hari ini.

Pusat jagaan itu menempatkan seramai 30 warga emas yang rata-ratanya ditinggalkan oleh ahli keluarga mereka.

Mengulas lanjut, menurut Rina, beliau berharap pihak swasta dapat membantu mewujudkan lebih banyak pusat jagaan warga emas seperti yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui Pusat Aktiviti Warga Emas. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI