fbpx

MYOR tingkatkan integriti kadar penanda aras kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan Kadar Semalaman Malaysia  (MYOR) sebagai kadar rujukan alternatif (ARR) yang baharu bagi Malaysia. 

Pada peringkat global, ARR diperkenalkan untuk meningkatkan integriti kadar penanda aras kewangan sebagai sebahagian daripada peralihan kepada kadar berasaskan transaksi, sejajar dengan pembaharuan Kadar Tawaran Antara Bank London (LIBOR) selepas krisis kewangan global. 

Menurut  bank pusat, pengenalan  ARR bertujuan untuk memudahkan penggunaan kadar penanda aras agar lebih mantap dan berdasarkan transaksi dalam pasaran kewangan yang cair dan aktif. 

Jelasnya,  MYOR akan beroperasi selari dengan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur ( KLIBOR) sedia ada, dengan tinjauan berkala untuk memastikan bahawa kadar penanda aras kewangan tetap mantap dan mencerminkan pasaran asas yang aktif. 

Pendekatan berbilang kadar (multiplerate approach) ini disokong oleh Lembaga Kestabilan Kewangan (FSB) dan diterima pakai oleh banyak negara lain. 

“Ketersediaan dua kadar penanda aras kewangan akan memberikan fleksibiliti kepada peserta pasaran untuk memilih kadar yang paling sesuai dengan keperluan mereka dan membantu membangunkan produk berasaskan MYOR. 

“Penawaran produk  LIBOR merupakan kadar penanda aras kewangan yang digunakan secara meluas untuk kadar faedah jangka pendek, berdasarkan anggaran kadar pembiayaan oleh bank-bank besar yang aktif dalam pasaran pembiayaan borong tanpa jaminan pada peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan.

Bersempena pelancaran MYOR, BNM telah menerbitkan Dokumen Dasar MYOR yang memasukkan ciri-ciri utama dan piawaian tadbir urus yang dibangunkan bersama Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC).

Selain itu, BNM juga akan menamatkan penerbitan tempoh KLIBOR dan 12 bulan, iaitu kadar yang paling kurang dirujuk dalam pasaran untuk kontrak kewangan pada 1 Januari 2023. 

Tempoh KLIBOR satu, tiga dan enam bulan yang terus mencerminkan pasaran asas yang aktif juga akan dikaji pada separuh kedua tahun 2022. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI