fbpx
Abd. Jalil menunjukkan sebahagian daripada barangan yang dirampas dalam serbuan ke atas sindiket samun kedai emas di IPD Gombak hari ini. FOTO - AMIR KHALID

‘Geng Amir’ aktif samun kedai emas tersungkur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Kegiatan jenayah satu sindiket dikenali sebagai ‘Geng Amir@Kecik’ yang aktif melakukan samun ke atas kedai emas di sekitar Lembah Klang tidak berpanjangan selepas berjaya ditumpaskan oleh pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, seramai 21 lelaki dan dua wanita tempatan yang merupakan ahli sindiket berkenaan termasuk individu yang terlibat dengan kegiatan itu berjaya ditahan menerusi Ops Dulang pada 13 hingga 20 September lalu.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia 20 hingga 30-an ditahan kerana terbabit dalam kes samun di empat buah kedai emas di Setapak, Kepong, Gombak dan Seri Kembangan bermula Mei lalu.

“Hasil daripada maklumat, sepasukan polis dari JSJ Selangor telah menjalankan operasi dan menahan kesemua suspek termasuk ketuanya yang disyaki terlibat dalam kes terbabit,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed, Ketua (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal dan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed.

Menurut Abd. Jalil, modus operandi sindiket berkenaan adalah dengan menyamar ingin bertanyakan sesuatu kepada jurujual sebelum menerpa masuk ke dalam premis kedai emas untuk melakukan samun dengan bersenjatakan parang, kapak serta tukul besi.

“Suspek akan menggunakan dua buah motosikal yang sama dan akan menukarkan ‘cover set’ motosikal serta membakar pakaian yang dipakai selepas melakukan samun dalam usaha untuk menghapuskan bahan bukti.

“Hasil siasatan lanjut mendapati ahli kumpulan ini juga bertindak berpura-pura sebagai pelanggan dan membuat pemerhatian ke atas kedai emas yang akan dijadikan sasaran bagi mengenal pasti kelemahan yang ada di premis terbabit.

“Seramai tujuh orang suspek berperanan melakukan samun, enam lagi merupakan pembeli barang kemas hasil samun, dua suspek berperanan menyimpan hasil samun selain lapan lagi suspek mempunyai pengetahuan tentang kegiatan berkenaan,” ujar beliau. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI