fbpx

Tangisan anak selamatkan lima beranak daripada terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran rumah berkenaan di Kampung Darat Sungai Ular, dekat sini semalam.

KUANTAN – Tangisan kanak-kanak berusia tiga tahun menyelamatkan nyawa lima beranak termasuk bayi lima bulan dalam kejadian kebakaran di Kampung Darat Sungai Ular, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, Fatimah Abdullah, 71, berada di rumah terbabit bersama empat cucunya berusia enam tahun hingga lima bulan.

Manakala anaknya, Suhainizan Saman, 31, dan menantunya, Nurul Syahira Mat Rahim, 25, tiada di rumah kerana ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Seri Amal, Kemaman, Terengganu.

Nurul Syahira berkata, ketika kejadian dia dan suami dalam perjalanan pulang selepas selesai mengambil suntikan vaksin dos kedua di PPV terbabit.

“Ketika kejadian ibu mentua saya berada di dapur sebelum anak kedua saya Muhammad Waif Rayyan, 3, tiba-tiba menangis beritahu ada api.

“Ibu mentua terus memeriksa bilik kami dan mendapati api sudah marak lalu dia terus membawa empat cucunya itu keluar dari rumah dengan segera,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, api marak dengan cepat sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan barang-barang keperluan dan tinggal sehelai sepinggang.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, dua jentera bersama tujuh anggota termasuk dua pegawai diarahkan ke lokasi sebaik menerima laporan.

“Ketika tiba di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran rumah jenis kekal dan kebakaran memusnahkan kira-kira 70 peratus namun tidak melibatkan mangsa,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI