fbpx

M4M bakal disertai 10,000 peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Program khusus untuk membina kesedaran pelajar dan belia mengenai keperluan menguasai kemahiran abad ke-21 sebagai kebolehpasaran mereka dalam menjamin peluang pekerjaan bakal dianjurkan pada 9 Oktober ini.

Program bertajuk Minda Untuk Malaysia (M4M): Merapatkan Jurang Kemahiran itu dijangka disertai kira-kira 10,000 orang dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Pengerusi Minds for Malaysia,  Jaziri Alkaf A. Suffian berkata, persidangan secara maya itu bertujuan untuk membantu belia dan juga pelajar tentang kepentingan inovasi digital dalam bidang keusahawanan.

“Program ini akan melibatkan beberapa ahli panel yang terdiri daripada pakar industri dari Malaysia dan juga luar negara seperti Jepun, New Zealand, Indonesia dan wakil daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Ia turut melibatkan ahli panel daripada  institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan yang akan berkongsi pengalaman serta nasihat mengenai kemahiran insaniah yang sangat diperlukan bagi menjamin peluang pekerjaan apabila menamatkan pengajian,” katanya dalam kenyataan. 

Selain itu, Jaziri  menerangkan, penganjuran M4M telah mendapat pengiktirafan dari kerajaan Sabah apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersetuju untuk menyertai program tersebut. 

Selain itu, M4M turut menjalin usaha sama dengan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI