fbpx

Keputusan tidak boleh didedahkan, bimbang ganggu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk menunjukkan kesan pencemaran sisa kimia yang dibuang ke dalam Sungai Tawakal, Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas pada 14 September lalu. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor sudah mendapat keputusan laporan analisis sisa kimia yang diambil di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas pada minggu lalu.

Bagaimanapun, Pengarah JAS Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, keputusan laporan daripada Jabatan Kimia itu tidak dapat didedahkan buat masa ini kerana khuatiri bakal mengganggu siasatan dijalankan.

Katanya, hasil laporan itu hanya akan diumumkan setelah mendapat kebenaran untuk berbuat demikian.

“Laporan analisis toksik yang diambil di lokasi pembuangan melibatkan sisa kimia terjadual di Kempas sudah diterima namun hasil keputusan tidak dapat diumumkan ketika ini.

“Laporan analisis kimia ini tidak boleh umumkan terlebih dahulu kerana ia akan menjejaskan integriti kertas siasatan dan semasa pertuduhan kes,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 15 September lalu, JAS Johor mengesan tiga bahan kimia yang berada di udara dan tali air Kampung Baru Sri Aman, Kempas.

Katanya, sampel tersebut akan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya yang mempunyai makmal lengkap bagi menentukan bahan toksik serta mendapatkan bacaan yang tepat.

Dalam kejadian pencemaran 14 September lalu, empat wanita pengsan dan terpaksa dirawat di hospital manakala 128 yang lain dipindahkan selepas berlakunya pencemaran bau di Kampung Baru Sri Aman, Seelong, Kempas di sini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI