fbpx

Emma rentas ke Pahang, netizen sibuk persoalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERGERAKAN Emma Maembong dan keluarga kecilnya ke Cameron Highlands untuk tujuan penggambaran drama dipertikaikan netizen

KISAH artis dan rentas negeri memang tidak berkesudahan. Sebelum ini Neelofa dan sekarang Emma Maembong pula dipersoal netizen kerana membawa suami dan anaknya ke Cameron Highlands.

Semuanya gara-gara foto-foto yang dikongsi Emma sehingga ramai yang mempersoalkan bagaimana dia boleh merentas negeri dengan membawa keluarga.

Lebih pedas, ada yang memerli adakah Emma kini sudah berpindah ke Pahang dan disebabkan itu dia dibenarkan bercuti bersama keluarga.

Rupa-rupanya apa yang dipersoal netizen telah terjawab apabila Emma memaklumkan dirinya kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama di Cameron Highlands.

Kehadiran suami pula bukan suka-suka tetapi sekadar menemaninya dan menjaga anak lelaki mereka iaitu Sharieq Gabriel yang sebenarnya masih menyusu badan.

Mungkin lebih baik netizen tidak buat spekulasi yang bukan-bukan kerana Emma mempunyai alasan tersendiri, mengapa dia bawa suami dan anaknya ke lokasi penggambaran.

Sabar ya semua, insya-Allah tak lama lagi kita semua juga akan dibenarkan rentas negeri.

MIZZ LAHAR: Emma sedang menjalani penggambaran karya bertajuk Mendua arahan Janna Nick. Hebat Janna!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI