fbpx

D’VIRIA Nano CD hapus 99.9 peratus virus, bakteria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIM pada majlis pelancaran D’VIRIA Nano CD secara maya baru-baru ini.

PETALING JAYA – DVIRIA Nano Tech Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh Ho Wah Genting Berhad (HWGB), melancarkan cecair pembasmi kuman permukaan chlorine dioxide pertama yang diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM), D’VIRIA Nano CD untuk kegunaan komersial dan domestik.

Produk yang mendapat pengiktirafan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan SIRIM itu terbukti mampu membunuh 99.9 peratus virus serta bakteria sesuai diaplikasikan pada permukaan yang kerap di sentuh seperti tombol pintu, butang lif dan telefon pintar.

Pengarah Eksekutif HWGB, Bernard Lim berkata, rakyat kini terpaksa berdepan dengan tempoh mencabar di­sebabkan pandemik dan seperti apa yang disaksikan sekarang, perlin­dungan daripada Covid-19 bukan sekadar dengan memakai pelitup muka, tetapi perlu memastikan persekitaran telah dinyah kuman.

Jelas beliau, D’VIRIA Nano CD menggunakan sistem tindakan unik untuk membasmi kuman tanpa mengeluarkan sebarang produk sampingan yang membahayakan pengguna.

“Ia berasaskan air dan selamat serta mudah dikendalikan oleh sesiapa sahaja sama ada menggunakan teknik semburan atau mengelap pada permukaan.

“Malah ia lebih berkesan daripada pembasmi kuman berasaskan alkohol atau peluntur.

“Pengiktirafan KKM bagi produk ini juga merupakan satu pencapaian penting bagi kami untuk meluaskan capaiannya bagi kegunaan komersial serta pengguna domestik,” katanya pada majlis pelancaran secara maya baru-baru ini.

Lim menjelaskan, pihaknya akan terus mencipta nilai untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan pelanggan serta seluruh masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI