fbpx

Baru 3 hari beroperasi sudah kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas IPD Iskandar Puteri dalam Op Dadu terhadap sindiket tersebut, semalam.

ISKANDAR PUTERI – Polis berjaya mematahkan sindiket perjudian dalam talian yang baharu beroperasi selama tiga hari selepas menahan lima individu yang bertugas selaku ejen dalam satu serbuan di sebuah kediaman, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbuan yang dijalankan pada pukul 3 petang itu dibuat menerusi Op Dadu.

Katanya, kesemua suspek yang ditahan melibatkan empat lelaki dan seorang wanita yang berusia antara 26 hingga 60 tahun.

“Turut dirampas empat komputer riba, sebuah iPad, 10 telefon bimbit, sehelai kertas jadual pertaruhan dan sebuah pendrive.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kegiatan perjudian tersebut telah beroperasi lebih kurang tiga hari bermula pukul 11 pagi hingga 9 malam setiap hari,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek mengaku berperanan sebagai ejen untuk menguruskan sembilan orang pelanggan tetap sahaja.

“Segala bayaran melalui transaksi oleh pelanggan akan diuruskan individu bertanggungjawab sebagai khidmat pelanggan yang berada di tempat lain dan mereka mengaku hanya merekodkan jumlah pertaruhan daripada pelanggan.

“Setiap ejen dijanjikan gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 dan komisen sebanyak 2 peratus bergantung kepada jumlah pertaruhan dibuat pelanggan,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI