fbpx

10,214 sekolah lengkap internet kelajuan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 10,214 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai capaian jalur lebar kelajuan 30Mbps hingga 100Mbps, sehingga hari ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Radzi Jidin berkata, jumlah tersebut termasuk 141 sekolah pedalaman yang dibekalkan dengan talian Very Small Aperture Terminal (VSAT) berkelajuan 30 Mbps mulai Mac lalu.

“KPM sedang bekerjasama dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi mengenal pasti pendekatan terbaik dalam usaha untuk memastikan capaian internet di sekolah di seluruh negara terus dipertingkatkan.

“Ini termasuklah penyediaan rangkaian bersepadu KPM yang berlandaskan tiga prinsip utama iaitu bersesuaian dengan tujuan (fit for purpose), kekal relevan pada masa hadapan (future proof) dan penyelesaian yang holistik (holistic solution).

“Rangkaian bersepadu KPM ini dijangka dapat mula dilaksanakan pada pertengahan tahun 2022,” katanya ketika pertanyaan jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Idris Jusoh (Besut-BN) yang meminta KPM menyatakan apakah usaha untuk menambah baik capaian internet sekolah-sekolah di kawasan luar bandar bagi memastikan pembelajaran berteraskan teknologi dan IR4.0 dapat direalisasikan. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI