fbpx

Tetap makan walaupun ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan pelanggan sebuah kedai makan tidak berganjak dari tempat duduk walaupun hujan lebat.

PETALING JAYA – Reaksi selamba dua orang lelaki menjamu selera walaupun ribut melanda tular di media sosial.

Rakaman video di laman Facebook yang dimuat naik semalam sehingga kini meraih sebanyak 12,000 tontonan.

Dalam rakaman tular itu, dilihat dua orang lelaki tetap menjamu selera dan tidak berganjak dari tempat duduk mereka walaupun hujan lebat beserta angin kencang melanda kawasan kedai makan tersebut.

“Ribut tak ribut yang penting makan,” kata perakam video tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial terhibur dengan reaksi selamba lelaki terbabit selain ada yang menasihatkan bahawa tindakan tersebut berbahaya dan mereka sepatutnya segera berlindung di tempat lebih selamat.

“Betul-betul lapar, hujan ribut pun tak dihiraukan,” kata Mohd. Hafiz.

“Nasib baik berat, kalau tidak mesti dah diterbangkan angin,” gurau Maya.

“Bahaya ni. Sepatutnya cepat-cepat masuk ke dalam kedai. Dibuatnya disambar petir, tak pasal-pasal je,” kata Rashid.

Sementara itu, dalam rakaman berbeza, dilihat kedua-dua lelaki terbabit beralih ke dalam kedai makan tersebut selepas hujan semakin lebat sehingga kerusi dan meja yang diletakkan di hadapan premis berkenaan turut berselerak ditiup angin kencang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI