fbpx

Sistem kereta api bawah tanah ke BPS, London dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sambungan Laluan Utara (NLE) sistem kereta api bawah tanah ke Battersea Power Station (BPS), London dibuka untuk kegunaan awam kelmarin, mempertingkatkan kesalinghubungan antara kejiranan di kawasan Selatan itu dengan seluruh London.

Setiausaha Pengangkutan Negeri, Grant Shapps dan Datuk Bandar London, Sadiq Khan antara kumpulan pertama yang menggunakan kemudahan pe­ngangkutan tersebut dari Nine Elms ke Stesen Bawah Tanah Zon 1 London di BPS.

BPS telah menyumbang lebih daripada 300 juta pound (RM1.72 bilion) bagi pembangunan NLE, iaitu sambungan dari Kennington ke BPS melalui Nine Elms yang menyokong pembangunan semula kedua-dua kawasan ber­kenaan.

Pembukaan Stesen Bawah Tanah Zon 1 London dijangka dapat menarik kehadiran ­pe­ngunjung dan pekerja dari pusat London ke kawasan kejiranan di pinggir sungai itu dengan perjalanan dari West End hanya mengambil masa 15 minit.

Projek tersebut dijangka memacu ekonomi tempatan dan mencipta lebih 17,000 pekerjaan.

BPS sedang dibangunkan semula oleh sebuah konsortium Malaysia yang terdiri daripada SP Setia Berhad, Sime Darby Property dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Pengerusi Battersea Project Holding Company, Datuk Ahmad Pardas Senin berkata, pelancaran NLE merupakan detik bersejarah dalam sejarah pe­ngangkutan British dan pihaknya berbangga kerana dapat me­nyumbang kepada pembangunan infrastruktur tersebut.

“Ini adalah hari yang membanggakan bagi Malaysia dan semua pihak yang terlibat dalam mentransformasikan stesen kuasa ikonik itu dan kawasan sekitarnya.

“Ia adalah pelaburan terbesar Malaysia di United Kingdom bagi membangunkan destinasi baharu di mana orang ramai dapat tinggal, bekerja dan menikmati kehidupan,” katanya dalam satu kenyataan.

Projek pembangunan bercampur BPS merangkumi unit kediaman, runcit serta pejabat dan antara jenama yang telah mengesahkan kehadiran mereka ialah Hugo Boss, MAC Cosmetics, Space NK, Watches of Switzerland dan Jo Malone.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI