fbpx

Servis ShopeeFood bermula Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Platform e-dagang Shopee meluaskan penawaran perkhidmatannya dengan menambah servis penghantaran makanan, ShopeeFood yang boleh diakses di halaman utama aplikasi Shopee.

Kemudahan baharu yang bakal dilancarkan secara berperingkat itu akan tersedia buat lebih lapan juta penduduk di Lembah Klang bermula 24 September.

Ia akan menyediakan akses kepada pelbagai menu daripada jenama popular seperti A&W, Burger King, Nando’s, Starbucks dan Tealive, selain gerai tempatan.

Ketua Pegawai Operasi di Shopee Terence Pang berkata, pihaknya berbesar hati untuk menambah servis penghantaran makanan sebagai sebahagian daripada pengalaman di Shopee.

“Perkhidmatan baharu ini membolehkan peniaga makanan dan minuman untuk berpindah ke atas talian bagi menjangkau lebih ramai pe­langgan, sekali gus memacu pertumbuhan jangka panjang golongan ini.

“Syarikat berharap pengguna dan rakan niaga kami akan menikmati servis ini dan Sho­pee akan terus menaik taraf platform serta perkhidmatan kami agar dapat memenuhi keperluan semua pelanggan dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.

Sempena pelancaran, Sho­peeFood akan memberi baucar penghantaran percuma dengan pembelanjaan minimum RM0 dan baucar diskaun bernilai sehingga RM8 kepada pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI