fbpx

[VIDEO] Sambutan Hari ATM ke-88 ‘menggerunkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Affendi (celoreng biru) ketika melakukan lintas hormat pada acara perbarisan sempena sambutan Hari ATM ke-88 di Kem Segenting, Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang menyifatkan pertunjukan Sambutan Hari ATM ke-88 sebagai menggerunkan.

“Pertama kali saya ingin mengucapkan syabas atas pertunjukan yang ditunjukkan pada awal tadi dimana saya ingin mengatakan di sini bahawa itu adalah satu pertunjukkan yang yang menggerunkan. Syabas.

“Sekarang saya nak beritahu bahawa kamu semua sudah bersedia untuk demonstrasi berkelas dunia,” katanya dalam ucapannya pada Perbarisan Hari ATM ke-88 di Kem Segenting di sini hari ini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Seramai 2,500 orang pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terlibat dalam menjayakan sambutan itu.

Sambutan pada tahun ini buat julung kalinya diadakan di kem berkenaan secara fizikal mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang terkawal tanpa kehadiran penonton dari masyarakat setempat atau luar.

Pelaksanaan Latihan Kesiagaan yang memperlihatkan keupayaan aset serta kompetensi ATM melibatkan ketiga-tiga cabang perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Acara itu juga secara tidak langsung mempamerkan kredibiliti ATM dalam menggalas tugas utama bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpeliharan.

Keupayaan yang ditonjolkan juga sebagai keyakinan kepada takyat bahawa kesiagaan ATM pada tugas utama tidak terjejas walaupun kini tumpuan diberikan kepada pelaksanaan tugas sekunder membantu negara menangani wabak Covid-19.

Antara aset yang terlibat ialah kereta kebal Pt 91M Pendekar, kenderaan perisai 8X8 Gempita, helikopter Agusta, kapal perang KD Mahawangsa dan pesawat tempur Sukhoi.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI