fbpx
Pihak berkuasa bersama Mohd. Yusni mengangkat mayat seorang lelaki di dalam sawah di Padang Tembusu, Penaga, Kepala Batas hari ini.

Mayat pesawah tertiarap dalam bendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang pesawah ditemui meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di dalam bendang miliknya di Padang Tembusu di Penaga, Kepala Batas di sini hari ini.

Mangsa berusia 68 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam selut kira-kira 10 pagi selepas dia keluar dari rumahnya di Guar Tuan Syed, Kepala Batas kira-kira pukul 8 pagi dengan motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, mangsa dikatakan keluar ke sawah berseorangan sebelum dijumpai dalam keadaan tertiarap oleh saudaranya yang bekerja di kawasan sawah berdekatan.

“Lelaki itu yang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian dikatakan mempunyai sejarah penyakit jantung dan buah pinggang kronik selain pernah membuat pembedahan pintasan jantung.

“Pemeriksaan pada badan si mati dan kawasan sekitar tidak menemui unsur jenayah selain motosikal jenis Honda Wave yang diletakkan di kawasan berdekatan didapati dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas di sini bagi urusan bedah siasat selepas ujian Covid-19 selesai dijalankan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd. Yusni Mat Piah turut membantu pihak berkuasa mengangkat jasad mangsa dari kawasan bendang. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN