fbpx

4 petugas terselamat, ambulans terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah ambulans swasta terbalik selepas terlibat kemalangan di Jalan Lunas-Taman Seluang, hari ini. - FOTO : AZAHAR HASHIM

KULIM – Seorang pemandu dan tiga petugas terselamat selepas ambulans yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Lunas-Taman Seluang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, ambulans yang tidak membawa pesakit tersebut dilanggar sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dinaiki dua individu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, siasatan awal mendapati ambulans berkenaan dalam perjalanan ke Hospital Kulim.

Katanya, ambulans itu bergerak ketika lampu isyarat berwarna merah sebelum dilanggar di bahagian kiri oleh kereta Honda Jazz semasa lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.

“Akibat perlanggaran itu, ambulans tersebut terbalik. Pemandu dan tiga petugas berusia dalam lingkungan 30-an tidak cedera.

“Pemandu dan penumpang kereta berusia dalam lingkungan 50-an juga tidak cedera,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI