fbpx
Gambar hiasan

Polis nafi tidak perlu surat rentas negeri ke Janda Baik, siasatan dilakukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG – Polis menafikan kenyataan mengelirukan oleh selebriti media sosial, Vie Shantie Khan yang menyatakan tidak perlu surat rentas negeri dari Selangor ke Janda Baik di sini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, Janda Baik terletak di dalam negeri Pahang yang memerlukan orang ramai dari negeri lain perlu mendapatkan surat rentas negeri untuk perkara yang dibenarkan.

“Kalau berdasarkan kenyataan dia (Vie Shantie) memang salah untuk tujuan riadah tidak boleh daripada negeri Selangor dan kita masih mengguna pakai peraturan rentas negeri seperti sebelum ini.

“Saya akan semak dan siasat dahulu sebelum tindakan susulan dapat dibuat,”katanya di sini, hari ini.

Semalam selebriti media sosial, Vie Shantie Khan menjawab persoalan pengikutnya berhubung kebenaran merentas negeri selepas dia memuat naik gambar bercuti di Janda Baik.

Vie Shantie dilaporkan berkata, destinasi aktiviti riadah yang dituju masih lagi dalam zon Selangor namun syarat surat rentas masih kekal bagi yang hendak merentas negeri.

Menurut Zaiham pihaknya akan melakukan semakan terperinci terlebih dahulu termasuklah tujuan merentas negeri dan juga lokasi terlibat sebelum tindakan susulan dibuat.

Katanya, pihak polis akan sentiasa memastikan segala peraturan dan undang-undang ditetapkan termasuklah prosedur operasi standard (SOP) sentiasa dipatuhi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

POPULAR