fbpx

Nak sangat hadiah al-Quran daripada awak – Fouziah Gous

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOUZIAH terharu kerana impian untuk menerima hadiah berupa al-Quran daripada suami sendiri akhirnya termakbul.

PETALING JAYA – Pelakon dan juga pengacara Datin Fouziah Gous terharu dan gembira apabila menerima hadiah istimewa berupa senaskah al-Quran daripada suami tercinta, Datuk Zhafran Yusof sempena ulang tahun perkahwinan mereka hari ini.

Ujar Fouziah, dia menganggap pemberian al-Quran itu sebagai hadiah yang sangat istimewa kerana sudah lama menyimpan impian untuk dihadiahkan kitab suci itu daripada suami sendiri.

“Hadiah ini sangat bermakna untuk saya. Gembira tidak terkata. Sejujurnya jauh di lubuk hati saya, memang nak sangat hadiah al-Quran daripada awak,” tulisnya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Kata bekas pengacara Nona itu lagi, sebelum ini dia membaca al-Quran yang dihadiahkan oleh orang lain dan berharap supaya suatu hari nanti boleh membaca al-Quran yang dihadiahkan sendiri oleh suaminya.

“Selalu baca al-Quran hadiah daripada orang lain. Setiap kali khatam, mesti teringin nak khatam al-Quran pemberian suami dan akhirnya tahun ini saya dapat apa yang saya mahukan,” katanya.

Biarpun tidak pernah memberitahu suami tentang keinginan tersebut, Fouziah, 39, suaminya seolah-olah memahami apa yang terdetik dalam hatinya dan bersyukur dengan pemberian hadiah tersebut.

“Terima kasih sayang. Bukan saya tidak hargai hadiah orang lain, tetapi saya betul-betul tersentuh hati dan sangat gembira,” katanya yang tidak sabar khatam al-Quran hadiah ulang tahun daripada suaminya itu.

Fouziah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Zhafran pada 21 September 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, Fouziah dan suami dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zeeshan Yusof, 6 dan Zaheen Yusuf, 4. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI