fbpx

Lee Su dituduh suka sebar fitnah, pembuli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE SU

ENGGAN namanya membusuk gara-gara kontroversi, seorang peserta program Street Woman Fighter iaitu Lee Su tampil berani mempertahankan dirinya.

Sebelum ini, penari itu didakwa pernah membuli rakan sekolahnya dengan cara menyebarkan cerita tidak betul, memulaukan mangsa dan langsung tidak pernah meminta maaf atas perbuatannya.

Pendedahan dilakukan seorang individu yang mengaku sebagai bekas rakan sekolah Lee Su. Dia juga mendakwa terpaksa berhenti dari Hanlim Arts High School gara-gara dibuli Lee Su.

Beberapa hari lalu, Lee Su menerusi Instagramnya tampil menafikan dakwaan tersebut. Dedahnya, dia sudah bertemu penyebar fitnah itu bagi menyelesaikan masalah secara baik.

Lee Su juga memohon maaf atas kontroversi yang berlaku dan berjanji menjadi lebih baik pada masa akan datang.

“Saya sudah menghubungi, berjumpa dan bercakap dengannya. Selepas berbincang tentang salah faham yang berlaku, kami akhirnya mencapai penyelesaian.

“Dakwaan saya buli orang dan sebarkan fitnah ketika zaman persekolahan adalah tidak benar. Tetapi pelaku sudah meminta maaf atas perbuatannya. Maafkan saya. Saya juga cuba menjadi yang terbaik tanpa mencipta sebarang salah faham lagi selepas ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI