fbpx

KLIA lapangan terbang digital 5G

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLIA bakal berubah menjadi sebuah lapangan terbang pintar demi memenuhi perubahan teknologi digital dan gaya hidup masyarakat masa kini.

PETALING JAYA – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bakal menjadi lapangan terbang digital 5G pertama di negara ini, susulan kerjasama yang dimeterai oleh pengendalinya, Malaysia Airports dan syarikat telekomunikasi, Maxis.

Menerusi kerjasama berkenaan, Maxis akan menguruskan perkhidmatan dan penyelesaian rangkaian internet tanpa wayar (Wi-Fi) dan 5G di KLIA, selain mengembangkan penyelesaian digital berkemampuan 5G untuk penyewa dan penumpang lapangan terbang Malaysia Airports pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh berkata, 5G akan menjadi pemangkin untuk menghubungkan masyarakat dengan peluang perniagaan dan ekonomi baharu, selain memperkuat asas bagi membolehkan aplikasi teknologi baharu dan digitalisasi operasi lapangan terbang.

“Ini membantu dalam mencipta pengalaman perjalanan baharu yang pintar untuk penumpang.

“Dengan kerjasama ini, kedua-dua pihak akan bersama-sama terlibat dalam penggunaan dan penyelesaian 5G untuk Smart Travel and Tourism serta Smart Retail dan Smart Security.

“Kami berharap perkongsian ini dapat mentransformasikan lapangan terbang menjadi sebuah lapangan terbang pintar,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Gokhan Ogut berkata, lapangan terbang kini telah berkembang daripada hab transit menjadi destinasi yang menyediakan pengalaman perjalanan hujung ke hujung.

“Sementara menunggu ruang udara dibuka sepenuh­nya, kami berhasrat untuk memulakan usaha dengan Malaysia Airports untuk meningkatkan pengalaman dan perkhidmatan kesa­linghubungan mereka kepada pelawat dan penumpang.

“5G berpotensi tinggi untuk memungkinkan pengalaman pe­langgan yang lebih baik dan kami komited memainkan peranan dalam menawarkan inovasi 5G terbaik bagi memberi manfaat kepada orang ramai serta perniagaan di negara ini dengan kepakaran dan sumber kami,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI