fbpx

Sanggup bakar Bentley untuk langsai hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid (kiri) menunjukkan plat kenderaan kereta jenis Ford Fiesta yang dibakar sendiri oleh suspek untuk membuat tuntutan palsu insurans.

MELAKA – Akibat menanggung hutang ah long mencecah setengah juta, dua rakan bertindak membakar tiga buah kenderaan milik mereka untuk membuat tuntutan palsu insurans bernilai RM250,000, minggu lalu.

Taktik dua lelaki berusia 36 tahun itu dapat dihidu pihak polis sebelum diberkas di sekitar Bandar Melaka pada 13 dan 14 September lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, suspek pertama membuat laporan pada 13 September mendakwa kereta jenis Bentley Continental GT(A) miliknya telah terbakar di Taman Datuk Tamby Chik Karim, Batu Berendam.

Polis kemudian menerima dua lagi laporan daripada individu lain mengenai kejadian kebakaran kereta jenis Ford Fiesta dan Hyundai Accent.

“Apabila polis pergi ke lokasi, kita dapati ada keraguan berhubung kejadian itu.

“Pengadu pertama ditahan pada pukul 5.30 petang pada hari sama manakala rakannya ditahan keesokkan harinya,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Sungai Udang, di sini, hari ini.

Kedua-dua suspek dipercayai telah membakar kenderaan itu untuk membuat tuntutan insurans dan merancangnya sejak tiga bulan lalu.

“Kes ini juga adalah yang pertama membabitkan modus operandi membakar kenderaan sendiri untuk membuat tuntutan insurans,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI