fbpx

38,114 pelajar Terengganu mula terima suntikan vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasemani (kanan) melakukan suntikan vaksin Covid-19 kepada salah seorang pelajar pada PICK Remaja di SMK Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Seramai 38,114 pelajar sekolah berusia 16 dan 17 tahun di Terengganu menerima suntikan vaksin Covid-19 bermula hari ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kesemua pelajar tingkatan empat dan lima terbabit menerima vaksin Covid-19 masing-masing di 56 pusat pemberian vaksin (PPV) sekolah di seluruh negeri tersebut.

“Ia turut merangkumi pelajar sekolah swasta, mashaf tahfiz dan sekolah berasrama penuh.

“Kita harap PICK Remaja ini dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan dibuka pada awal bulan depan,” katanya ketika meninjau hari pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Kasemani berkata, pihaknya gembira PICK remaja melibatkan pelajar sekolah di Terengganu tersebut tidak mendapat bantahan atau rungutan daripada ibu bapa. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI