fbpx

‘Bonggol maut’ Bunut Payong akhirnya direndahkan dan dicat semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja membaiki bonggol maut di Kampung Bunut Payong, Kota Bharu semalam oleh pihak berkuasa.

PETALING JAYA – Selepas meragut satu nyawa minggu lalu, akhirnya ‘bonggol maut’ di laluan berdekatan Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan akhirnya dibaik pulih semula.

Menerusi sebuah klip video yang tular di laman Facebook semalam memaparkan kerja-kerja merendahkan dan mengecat semula bonggol sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa.

Berdasarkan klip video berdurasi 10 saat itu, kelihatan beberapa jentera sedang ‘membaik pulih’ bonggol tersebut sambil diawasi oleh beberapa anggota polis.

Kosmo! difahamkan, bonggol itu kini sudah rendah daripada yang asal dan telah dicat semula bagi meningkatkan tahap keselamatan kepada pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut.

Susulan perkongsian video tersebut, rata-rata pengguna berharap agar kejadian sama yang meragut nyawa seorang pemandu kereta tidak berulang pada masa hadapan.

“Terima kasih kerana telah rendahkan bonggol tersebut, sangat bahaya membina bonggol yang tinggi di laluan utama.

“Harap selepas ini pihak berkuasa membuat kajian dahulu sebelum membina bonggol tinggi seperti itu di laluan utama,” tulis Yen Khalid.

Pada masa sama, pengguna turut terkilan dengan pembinaan bonggol tersebut yang telah meragut nyawa minggu lalu.

“Nasi sudah menjadi bubur, selepas hilang satu nyawa barulah naik baiki bonggol tersebut. Lain kali sebelum buat fikir tentang keselamatan pengguna jalan raya dahulu,”luah Adi PCB.

Kereta yang dipandu seorang jururawat merempuh sebatang tiang elektrik selepas melalui jalan berbonggol di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, Jumaat lalu.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang jururawat maut selepas kereta yang dipandunya terbabas merempuh tiang elektrik ketika melalui jalan berbonggol di Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dekat Kampung Bunut Payong, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu, mangsa, Wan Nurintan Farahida Wan Hasan, 36,meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI