fbpx

Bekas jurulatih kebangsaan, Ken Worden meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang meninggal dunia hari ini.

PETALING JAYA – Bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Ken Worden meninggal dunia hari ini pada usia 78 tahun.

Perkara tersebut dikongsi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu ciapan di laman Twitter sebentar tadi.

Worden atau nama penuhnya Kenneth Joseph Worden, dilahirkan pada 2 Februari, 1943 di Preston, England tetapi lebih menyerlah kariernya sebagai pemain dan jurulatih di Australia.

Beliau kemudiannya berhijrah ke Malaysia pada 1991 untuk menjadi jurulatih Selangor yang muncul juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia di bawah kendaliannya.

Worden kemudian telah dilantik sebagai jurulatih kebangsaan selama dua tahun, menggantikan Rahim Abdullah bermula Januari 1992 sehingga penghujung 1993.

Dalam tempoh itu, pasukan kebangsaan menjuarai Kejohanan Jemputan Vietnam dan Piala Jakartaraya 1992 serta Pesta Bola Merdeka 1993.

Bagaimanapun skuad negara yang membariskan antara lain Zainal Abidin Hassan, Mubin Mokhtar, Khairul Azman Mohamad, K. Gunalan, Azizol Abu Haniffah, Malek Rahman, Dollah Salleh dan Azman Adnan, tewas pada pra-Piala Dunia dan Sukan SEA Singapura 1993.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI