fbpx

Waris mangsa kemalangan terima faedah PERKESO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
T. Poongkoat (kiri) bersama anak-anaknya menerima sumbangan daripada Mohamed Azman sambil disaksikan oleh Saravanan (tengah) di Puchong semalam.

PUCHONG – Waris kepada pekerja pengurusan sisa pepejal yang meninggal dunia Mei lalu, selepas mengalami komplikasi otak akibat kemalangan menerima kunjungan dari Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) semalam yang ingin menyerahkan sumbangan dan melihat sendiri keadaan keluarga tersebut.

Mendiang, Vijaya Kumaran A/L Veerasamy , 52, pada 12 April tahun lalu terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang bekerja dari ibu negara ke Puchong sehingga menyebabkan kecederaan otak traumatik teruk dan terpaksa menjalani pembedahan implan tempurung kepala sebelah kiri.

M. Saravanan yang hadir menziarahi waris mendiang di Taman Puchong Perdana berkata, tujuan menziarah waris-waris pencarum bukan sahaja untuk memantau tetapi mahu memberi kesedaran kepada seluruh rakyat mengenai kepentingan mencarum dengan PERKESO.

“Ini adalah satu kes klasik di mana mendiang tidak pernah tahu dia layak mendapatkan faedah daripada PERKESO walaupun bekerja dengan Alam Flora. Apabila beliau terlibat dalam kemalangan, mereka cuba dapatkan dana daripada luar.

“Sebaik sahaja perkara ini mendapat perhatian saya, saya minta PERKESO untuk menyemak sama ada mendiang ada mencarum, ternyata dia layak menerima faedah PERKESO di bawah Skim Bencana Pekerjaan,” katanya di sini semalam.

Turut hadir Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Datuk Aziz Mohammed; Ketua Pegawai Komunikasi, Izad Raya; Pengarah PERKESO Kuala Lumpur, Mustafa Draman dan Pengurus Kes Kuala Lumpur, Mustaqim Wali Abdul Khalid.

Sementara itu, anak kedua mendiang, V. Vishva Rubini,19, berterima kasih dengan faedah dan keprihatinan PERKESO sejak bapanya terlibat kemalangan sehingga meninggal dunia Mei lalu.

Terdahulu, M. Saravanan pernah melawat dan menyerahkan sendiri faedah PERKESO kepada mendiang di Hospital Kuala Lumpur pada November tahun lalu selain turut menanggung kos pembedahan implan berjumlah RM23,000 dan rawatan perubatan.

Balu mendiang, T. Poongkoathai, 49, bersama dua orang anak perempuannya, V. Thibaanageswari, 21 dan V. Vishva Rubini yang masih di bangku persekolahan layak menerima Faedah Orang Tanggungan (FOT) sebanyak RM2,232 sebulan selain memperoleh Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000.

Kesemua faedah ini telah dibayar kepada waris berkenaan sejak tiga bulan lalu.

FOT merupakan faedah tunai bagi Skim Bencana Pekerjaan di bawah Akta 4 yang dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans (OB) PERKESO meninggal dunia akibat bencana kerja.

Contoh orang tanggungan termasuklah balu, duda, anak berusia di bawah 21 tahun, ibu bapa, adik beradik, datuk atau nenek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI