fbpx
Wanita ini mencuci pakaian di hadapan rumahnya tanpa menghiraukan jirannya yang sedang menganjurkan majlis pertunangan. - TikTok

Wanita tidak puas hati jiran cuci pakaian ketika majlis pertunangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Satu video memaparkan aksi seorang wanita  mencuci pakaian di hadapan rumah ketika jirannya mengadakan majlis pertunangan menjadi bualan netizen di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuat naik dalam  akaun TikTok @evicellova, wanita tersebut dilihat tekun mencuci baju dan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya.

“Apa masalah awak ya? Jiran sedang mengadakan majlis, awak malah mencuci baju di luar rumah,” demikian keterangan yang ditulis oleh pemilik akaun itu.

Wanita itu dilihat mencuci pakaian di luar rumahnya dengan membawa besen dan di bawah cahaya matahari yang terik.

Dia sama sekali tidak menyedari aksinya dirakam.

Video tersebut ternyata mengundang reaksi marah netizen yang mempertikaikan tindakan si perakam yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan kelakuan wanita itu mencuci pakaian di hadapan rumahnya sendiri.

“Tiada yang salah pun, bukankah dia mencuci pakaian di rumahnya sendiri,” kata seorang netizen.

“Apa masalahnya? Saya juga semasa jiran sedang mengadakan majlis pertunangan, saya menyapu halaman rumah sambil memakai baju tidur,” kata netizen lain.

“Jadi adakah anda ingin mengatakan bahawa wanita itu perlu melihat tetamu yang sedang mengambil gambar?” kata seorang lagi netizen. – Agensi 

POPULAR