fbpx

Lambo ‘menyusup’ bawah palang elak bayar tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi sebuah kereta jenis Lamborghini yang berjaya 'lolos' di bawah palang tol.

PETALING JAYA – ‘Kereta sahaja mahal, tapi tol tak nak bayar.

Itu reaksi pengguna laman sosial apabila melihat sebuah klip video yang memaparkan aksi sebuah ‘supercar’ jenis Lamborghini yang cuba mengelak dari membayar tol dengan ‘menyusup’ di bawah palang tol.

Menerusi klip video berdurasi 7 saat itu yang dikongsi oleh Bragkash Selvaraju di akaun Facebook miliknya memaklumkan, dia telah merakam aksi kereta mewah itu ketika melalui lorong Smart Tag di sebuah plaza tol.

Jelasnya, kenderaan yang dianggarkan berharga melebihi RM1 juta itu berjaya melalui tol dengan palang yang tidak dinaikkan.

Kereta dengan saiz ketinggian yang amat rendah itu membolehkan jentera tersebut ‘meloloskan diri’ di bawah palang tol berkenaan dengan begitu mudah.

Susulan daripada perkongsian video itu, orang ramai yang menonton video tersebut mendakwa pemandu kereta mewah itu tidak membayar tol kerana lampu di penghalang tersebut tidak bertukar menjadi warna hijau.

“Kereta mahal boleh beli, tapi tol tak nak bayar, malulah sikit, saya bawa Perodua Kancil pun bayar tol lah,”kata Abang Kacil Turbo.

“Patut harga kereta ini sejuta lebih, sebab dia datang dengan pakej tak perlu bayar tol seumur hidup,” jelas Irfan Harith.

“Lampu tol langsung tak bertukar warna hijau, senang sahaja dia lalu, palang pun tak terangkat,” ujar Zakwan Reza. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI