fbpx

AG Coco dikritik tidak sensitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJELASAN dan permohonan maaf AG Coco kerana satu kenyataannya baru-baru ini yang disifatkan telah mengguris hati banyak pihak.

LAMA tak ada cerita mengenai penerbit dan gitaris popular, AG Coco. Baru-baru ini, dia mengeluarkan satu kenyataan seolah-olah memerli netizen yang memilih untuk melancong berbanding berjumpa dengan keluarga sendiri.

Disebabkan status tersebut, tak pasal-pasal AG kena serang dengan masyarakat apabila dikritik kerana dianggap tidak sensitif.

Apa yang Diva faham, netizen tak puas hati sebab aktiviti berlibur itu diberi kelonggaran oleh kerajaan, manakala untuk merentas negeri untuk berjumpa dengan ahli keluarga masih tidak dibenarkan.

Tapi Diva nak puji AG sebab tidak cepat melatah. Apabila dikecam hebat dalam media sosial, AG atau nama sebenarnya Mohd. Hezry Mohd. Hafidz telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka.

AG menjelaskan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini telah disalah tafsir oleh netizen.

AG memberitahu dia cuma ingin mengingatkan ramai bahawa angka jangkitan masih berisiko untuk kembali meningkat.

Selepas ciapan permohonan maaf itu, rata-rata netizen dilihat menyambut baik penjelasannya itu.

DIVA: Yang penting kita ‘happy’ kata Nora Danish yang sedang bercuti dengan penuh ‘daring’ di Langkawi ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI