fbpx

Subsidi haji diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Marzuk (kanan) menyampaikan bantuan kepada salah seorang pelajar di pejabat Pusat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa hari ini.

KOTA BHARU – Subsidi yang diberikan kepada umat Islam untuk mengerjakan ibadah haji akan diteruskan meskipun kosnya dijangka meningkat ekoran kadar cukai yang dinaikkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata,, kos terkini masih belum diputuskan, namun kerajaan akan terus mengekalkan peratusan subsidi selama ini.

“Kos haji yang sebenar masih belum diputuskan kerajaan. Ia mungkin akan meningkat berikutan kerajaan Arab Saudi menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sehingga 15 peratus.

“Ini berikutan penguatkuasaan prosedur operasi standard disebabkan penularan pandemik Covid-19 apabila bilangan jemaah terpaksa dihadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada pelajar cemerlang yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 337 pelajar terpilih dari Parlimen Pengkalan Chepa menerima bantuan berjumlah RM250 seorang yang dijalankan secara pandu lalu.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, kerajaan akan memaklumkan kepada bakal jemaah lebih awal jika kos haji meningkat.

Menurutnya, sebelum ini, kos haji tidak naik kerana kedudukan kewangan kerajaan yang masih kukuh bagi membolehkan kos itu terus ditanggung.

“Kerajaan akan berusaha memastikan peningkatan kos haji tidak membebankan bakal jemaah walaupun dijangka meningkat kepada RM30,000 berbanding RM24,000 sebelum ini dengan jemaah hanya perlu membayar RM9,900 sahaja.

“Sebelum ini, kerajaan menanggung subsidi haji berjumlah hampir RM400 juta hingga RM500 juta setahun,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI