fbpx

Penahanan Ahmad Mustakim didakwa terlibat pengganas dipantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIFUDDIN (dua dari kiri,) menyampaikan agihan kuih bulan di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Perkembangan seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Somalia kerana disyaki terlibat dengan kumpulan Al-Shabaab baru-baru ini sedang dipantau kerajaan.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, berdasarkan maklumat diterima Wisma Putra, Ahmad Mustakim Abdul Hamid didakwa memasuki negara berkenaan dengan tujuan pembabitan dalam aktiviti kumpulan Al-Shabaab.

“Saya difahamkan pegawai dari Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan telah pun berhubung dan mengadakan lawatan kunsular terhadap Ahmad Mustakim bagi memastikan kesihatan dan kebajikannya sentiasa terpelihara.

“Malah, pihak kita akan memantau perkembangan kes ini dan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepadanya,”katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan agihan kuih bulan secara pandu lalu di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini hari ini.

Menurut Saifuddin setakat ini negara berkenaan membenarkan kedutaan negara untuk membuat lawatan konsular dan pihak keluarga Ahmad Mustakim juga telah dimaklumkan mengenai situasi dan perkembangan dirinya.

Beliau menjelaskan kerajaan akan memastikan  Ahmad Mustakim dibicarakan secara adil berlandaskan lunas perundangan sewajarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI