fbpx

[VIDEO] Kejar pengedar dadah lawan arus dua kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dari klip video menyaksikan pasukan polis mengejar suspek di Sekinchan semalam.

SABAK BERNAM – Dua pengedar dadah bertindak agresif melarikan diri dari sekatan jalan raya dan melawan arus sejauh dua kilometer (KM) sebelum ditahan di Jalan Haji Miskan, Sekinchan di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu berjaya menahan salah seorang suspek berusia 27 tahun bersama 19 peket dadah jenis syabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kejadian bermula apabila kedua-dua suspek yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyata Avanza telah bertindak melarikan diri dari pemeriksaan polis di KM 72 Jalan Klang – Teluk Intan.

Katanya, pasukan sekatan jalan raya telah mengejar kenderaan suspek sehingga Jalan Tali Air 6 sebelum suspek telah melawan arus sehingga Jalan Tali Air 7 dan terus memasuki Jalan Haji Miskan.

“Apabila tiba di jalan tersebut, salah seorang suspek yang merupakan pemandu MPV telah melompat keluar dari kenderaannya yang masih bergerak.

“Ini seterusnya menyebabkan kenderaan suspek terbabas ke parit sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata beliau, polis kemudiannya menahan rakan suspek yang cedera ringan di bahagian kaki dengan hasil pemeriksaan terhadap beg sandangnya menjumpai 19 peket mengandungi ketulan putih disyaki dadah jenis syabu.

Tambah Chee Koon, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah.

“Usaha mengesan pemilik atau pemandu kenderaan sedang dijalankan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI