fbpx

Jururawat terkejut jumpa kamera mini dalam bilik mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alat peranti dipercayai kamera mini yang ditemui di dalam bilik air wad sebuah hospital di Kulim, Khamis lalu.

KULIM – Seorang jururawat terkejut apabila menemui kamera mini yang disembunyikan di dalam kotak tisu pada dinding bilik mandi di sebuah wad hospital di sini, Khamis lalu.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu disedari mangsa berusia 30 tahun apabila sebahagian kotak tisu terjatuh lalu menampakkan alat peranti elektronik tersebut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, jururawat terbabit yang membuat pemeriksaan lanjut menemui mini kamera di dalam kotak tisu yang dilekatkan pada dinding.

“Jururawat itu kemudian memaklumkan kejadian kepada rakan sebelum membuat laporan dan menyerahkan alat peranti itu kepada polis,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan kemudian berjaya menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga kakitangan hospital berkenaan pada pukul 7.20 malam, hari sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI