fbpx

Fizo Omar dedah nak bina masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZO terpesona dengan seni bina sebuah masjid yang dibina oleh seorang usahawan di Kota Bharu, Kelantan.

PETALING JAYA – “Pada masa kini untuk saya mendirikan ‘masjid’ (berkahwin) belum lagi. Tapi cita-cita untuk membina masjid, insya-Allah memang ada”.

Itu pencerahan yang diberikan oleh pelakon dan juga usahawan, Fizo Omar ketika dihubungi Kosmo! Online berhubung sekeping gambar sebuah masjid dengan kapsyen ‘membina masjid’ yang dikongsikan dalam Instagramnya.

Gambar tersebut menimbulkan salah faham segelintir netizen, kononnya Fizo mahu bernikah lagi.

Ujar Fizo atau nama lengkapnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, berkata, dia sebenarnya terpegun dan terpesona dengan keindahan seni bina masjid Ar-Rahman yang terletak di Pulau Gajah, Sering, Kota Bahru, Kelantan itu ketika mengunjungi masjid tersebut hari ini.

“Jangan salah faham. Saya cuma terpegun dengan keindahan seni bina masjid tersebut dan ingin menggalakkan orang kita (Islam) dalam kalangan usahawan untuk mengikut jejak langkah pemilik masjid ini yang juga merupakan seorang usahawan berjaya.

“Masjid ini dibina dengan kos RM6 juta. Itu mesej yang hendak saya sampaikan,” ujar Fizo.

Disoal tentang impiannya untuk membina sebuah masjid suatu hari nanti, pelakon drama Pengantin Satu Malam itu tidak menafikan bahawa dia juga bercita-cita untuk berbuat begitu jika berkemampuan satu hari nanti.

“Insha-Allah saya juga berhajat untuk membina sebuah masjid atas nama kedua-dua ibu bapa saya satu hari nanti.

“Saya sebenarnya lebih terinspirasi kejayaan usahawan apabila dapat membina sebuah masjid. Sebenarnya tidak perlu pun hendak membina masjid yang mewah. Tapi kalau mampu, tidak salah buat sebuah masjid yang gah,” katanya.

Dalam pada itu, Fizo turut menegur sikap segelintir usahawan Islam di negara ini apabila gemar menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki sehingga sanggup membuat pinjaman yang besar untuk mempamerkan ‘kekayaan’ mereka.

“Orang Islam kita sekarang ini ramai yang dah jadi usahawan. Tapi ramai juga yang sibuk buat hutang sana sini. Buat pinjaman bank semata-mata untuk menunjukkan kemewahan.

“Tapi sebenarnya perkara itu boleh menimbulkan riak kepada masyarakat. Saya lebih terinspirasi apabila usahawan kita keluarkan zakat, bersedekah dan tolong orang. Kalau ada rezeki lebih boleh bina masjid,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI