fbpx

Zamri dipilih Pengerusi Jemaah Pengarah Nafas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamri

PETALING JAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengumumkan pemilihan Datuk Zamri Yaakob sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Nafas yang baharu berkuat kuasa 13 September 2021.

Nafas memaklumkan, pemilihan beliau adalah melalui proses pengundian oleh semua Ahli Jemaah Pengarah Nafas yang dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang dalam satu mesyuarat AJP pada Isnin lalu.

“Proses pemilihan semula Pengerusi AJP yang baharu adalah susulan peletakan
jawatan Pengerusi AJP yang terdahulu, Dr. Anis Mahmud.

“Zamri berdaftar sebagai ahli peladang sejak tahun 1985. Beliau yang berasal dari Temerloh, Pahang merupakan ahli peladang yang aktif serta telah memegang pelbagai jawatan di pelbagai peringkat Pertubuhan Peladang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara jawatan yang disandang beliau ialah Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pulau Tawar sejak 1996, Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pahang sejak 2001 seterusnya dipilih menjadi Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pahang pada tahun lalu.

Sepanjang penglibatan beliau di Pertubuhan Peladang, beliau telah meraih Anugerah Peladang Jaya di peringkat Kebangsaan dan negeri Pahang pada tahun 2002.

Selain Pertubuhan Peladang, beliau juga memegang pelbagai jawatan antaranya
sebagai Pengerusi Koperasi Pekebun Getah Nasional Berhad (NARSCO) Berhad
sejak 2012 sehingga kini serta Pengerusi NARSCO Travel Tours Sdn. Bhd. (2013–kini).

Beliau juga merupakan Ahli Pihak Berkuasa RISDA (2016–kini), Pengerusi Koperasi Gabungan Negeri Pahang (2014–kini), Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Jerantut (1998–kini) serta Lembaga Pengarah RISDA Fleet Sdn. Bhd. (2014-kini).

“NAFAS percaya pengalaman luas beliau dalam bidang pertanian serta pengurusan Pertubuhan Peladang serta Koperasi berasaskan pertanian mampu membawa transformasi kepada pergerakan Pertubuhan Peladang seluruh negara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI