fbpx

Tular pekerja kilang pijak, jilat roti keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbuatan jijik pekerja-pekerja kilang tersebut memijak dan menjilat roti-roti keras tersebut sebelum membungkus ke dalam plastik.

PETALING JAYA – Tindakan melampau beberapa orang pekerja warga asing memijak dan menjilat roti keras semasa kerja-kerja membungkus makanan itu di sebuah kilang tular di media sosial hari ini.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit yang dikongsi di Facebook MD Nazri Salleh, kelihatan beberapa orang pekerja kilang itu dirakam sedang membungkus makanan tersebut sebelum bertindak melakukan perbuatan menjijikkan itu sebaik sahaja sedar diri mereka dirakam.

Namun, lokasi sebenar kejadian itu berlaku tidak dinyatakan secara tepat.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pekerja-pekerja kilang terbabit selain turut menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

“#KPDNHEP #pbt #jakim tolong siasat kilang mana, sungguh kurang ajar,” kata Raziff.

“Allahuakbar tolong viralkan kalau kat Malaysia kesian kat orang orang kita pi beli roti yang dipijak,” kata Zarina. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI