fbpx

Pengiktirafan MR D.I.Y. selepas disenarai di Bursa Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.), telah menerima tiga anugerah di Alpha SEA 11th Institutional Investor Corporate Awards 2021 (Alpha SEA) pada minggu lalu, hanya selepas setahun disenaraikan di Bursa Malaysia.

Kumpulan telah menerima anugerah Most Organised Investor Relations dan Best Se­nior Management IR Support, manakala Naib Presiden Kewa­ngan Kanannya, Lim Chen Hwee, dinobatkan sebagai Best CFO in Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong berkata, pengiktirafan tersebut adalah satu penghormatan buat Kumpulan kerana telah meletakkan jenama MR D.I.Y. sebaris dengan syarikat-syarikat senarai awam yang terbaik di rantau ini.

“Kesemua anugerah ini adalah hasil usaha kakitangan kami yang penuh komited dan berdedikasi bagi menyampaikan maklumat yang menyeluruh dengan lebih jelas serta sesuai pada masa­nya dan relevan kepada pihak-pihak berkepentingan, walaupun berdepan pelbagai cabaran dalam pandemik ini.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada komuniti pelaburan atas undian kepercayaan ini yang kami terima hanya selepas setahun disenaraikan di Bursa Malaysia pada Oktober 2020.

“Pengiktirafan yang anda berikan membawa seribu makna kepada kami,” katanya dalam kenya­taan.

Alpha SEA 11th Institutional Investor Corporate Awards adalah penganugerahan berdasarkan keputusan undian mengikut persepsi yang menilai syarikat berdasarkan prestasi dalam pe­ngurusan kewangan, pematuhan tadbir urus korporat, laporan bersepadu, tanggungjawab sosial korporat dan hubungan pelabur.

Undian dikumpul daripada 502 pelabur dan penganalisa yang mengundi untuk pelbagai kategori bagi menentukan mana-mana syarikat senarai awam di Asia Tenggara yang layak untuk menerima pengiktirafan.

Selain itu, Ong menjelaskan, Kumpulan itu juga bakal memberi tumpuan terhadap usaha menyampaikan nilai kepada pihak-pihak berkepentingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI