fbpx
UiTM kampus induk Shah Alam, Selangor.

Pelajar lengkap vaksin, kategori utama jadi kumpulan awal kembali ke UiTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Hanya pelajar yang lengkap vaksinasi dan kategori diutamakan sahaja akan dibenarkan kembali dahulu secara berfasa ke kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula 15 Oktober depan.

Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) UiTM berkata, ini berikutan universiti perlu menjaga prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang berada di dalam kampus UiTM.

“Pelajar akan dimaklumkan sama ada perlu kembali ke kampus atau tidak daripada kolej pengajian, fakulti, pusat akademik serta kampus masing-masing seawal 1 Oktober ini secara berfasa.

“Mereka yang belum menerima vaksin disaran mendapatkannya secara walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) berhampiran dengan membawa surat tawaran atau kad digital pelajar, kad pengenalan dan penggunan aplikasi MySejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi UiTM, hari ini.

BHEA turut memaklumkan supaya pelajar menyemak kursus-kursus yang akan didaftar pada semester hadapan agar dapat membuat perancangan kemungkinan anda perlu kembali ke kampus untuk menjalani bersemuka.

“UiTM akan meneruskan pengajian sesi hadapan secara secara jarak jauh (ODL) dan hybrid seperti semester lepas bermula 11 Oktober depan,” jelasnya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad sebelum ini menyatakan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Oktober depan melibatkan pelajar yang lengkap vaksinasi bagi semua kategori pelajar dan semua peringkat Pelan Pemulihan Negara (PPN). -K! ONLINE.

POPULAR