fbpx

Pasar raya Mydin Manjoi ditutup untuk sanitasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH- Pasar raya Mydin di Manjoi di sini  diarahkan tutup buat sementara waktu bagi tujuan sanitasi selepas terdapat pengesanan kes positif Covid-19 di premis berkenaan.

Mydin dalam kenyataannya berkata, prosedur disinfeksi dan sanitasi menyeluruh oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak itu dijalankan semalam.

Kata kenyataan itu, prosedur dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Individu terbabit sedang mendapatkan rawatan manakala kontak rapat telah dikenalpasti dan dikuarantin dengan bantuan KKM.

“Maklumat mengenai tarikh dan waktu operasi Mydin Manjoi akan dimaklumkan kelak setelah mendapat kebenaran daripada KKM,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, pihaknya sentiasa mengutamakan kesihatan dan keselamatan kakitangan dan komuniti setempat bagi mengelakkan jangkitan kes Covid-19.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI