fbpx

Muntah 20 kali akibat udara toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Jabatan Alam Sekitar Johor melakukan kerja-kerja pembersihan sisa toksik di Kampung Baru Sri Aman, Kempas, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Mangsa pencemaran sisa toksik yang dibuang ke dalam tali air Sungai Tawakal, Kampung Baru Seri Aman, Kempas di sini mengakui masih sukar bernafas biarpun kejadian itu sudah dua hari berlalu.

Rozi Ahmad, 46, berkata, kejadian pada Selasa lalu merupakan ujian berganda buatnya sekeluarga selepas diuji positif Covid-19 pada awal bulan ini.

Cerita suri rumah itu, lebih meresahkan apabila dia yang pengsan akibat terhidu bahan buangan beracun tersebut baru selesai menjalani kuarantin di rumah setelah dijangkiti Covid-19.

“Disebabkan kejadian ini (hidu bau toksik), saya muntah lebih 20 kali pada malam tersebut.

“Keadaan ini lebih teruk daripada terkena Covid-19. Ini kerana,­ walaupun dijangkiti virus itu, saya masih lagi boleh ber­nafas se­perti biasa,” katanya.

Menurut Rozi, keadaannya ketika ini masih lemah kerana sakit dada, pening kepala, kering tekak dan batuk.

Lebih teruk lagi, wanita itu pula memberitahu, dia menghidap penyakit asma.

ROZI menceritakan mengenai keadaan kesihatannya selepas terhidu bau toksik di rumahnya di Kempas, Johor Bahru semalam.

Bercerita mengenai hari kejadian, Rozi berkata, pada awalnya, dia menyangka berlaku kebocoran gas dapur memasak di rumahnya, namun bau tersebut semakin kuat.

“Terdetik di fikiran saya mungkin berlaku pencemaran sisa toksik seperti yang pernah berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang pada 2019.

“Jangkaan saya itu tepat apabila suami (Abdul Rahim Md. Taib) yang cuba mengesan punca bau tersebut ternampak kepulan wap dari anak sungai yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah rumah kami,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Cerita Rozi, pada pukul 9 malam, Selasa lalu, kakaknya, Zarina, 49, pengsan diercayai akibat terhidu bau sisa toksik tersebut sebelum mereka menghubungi pihak bomba bagi memaklumkan mengenai kejadian pencemaran yang berlaku.

Tambahnya, dia turut meng­a­lami sesak nafas sebelum pengsan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah bersama kakaknya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Semasa dirawat, doktor memaklumkan bau toksik masih melekat pada badan saya. Doktor memasukkan kamera ke dalam badan untuk memeriksa bahan kimia selain membuat pemeriksaan x-ray,” katanya.-K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI