fbpx
SIMON TEMPLER (dua dari kiri) menunjukkan rampasan dadah pada sidang akhbar di Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor hari ini. Foto MASTURAH SURADI

Menyamar nelayan seludup 6kg syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI – Tindakan dua lelaki menyamar sebagai nelayan tradisional dengan menggunakan bot kecil untuk membawa dadah keluar ke negara jiran gagal mengaburi mata pihak berkuasa.

Kegiatan mereka berjaya dipatahkan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili di sini kelmarin apabila syabu anggaran berat enam kilogram bernilai RM330,000 yang disembunyikan di dalam tong minyak dirampas.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata, mereka dikesan dalam keadaan mencurigakan di kedudukan lebih kurang 1.6 batu nautika selatan Tanjung Setapa pada pukul pukul 7.30 petang.

“Mengesyaki situasi kedua-dua bot tersebut, pasukan operasi bertindak menuju ke arah lokasi untuk serbuan dan pemeriksaan.

“Bagaimanapun kedua-dua suspek bertindak meninggalkan sebuah bot di lokasi dan melarikan diri bersama salah satu dari bot tersebut dengan memecut laju menuju sempadan Malaysia-Indonesia.

“Pasukan operasi berusaha mengejar memintas bot suspek namun suspek nekad meloloskan diri melalui zon ‘traffic separation scheme’ (TSS) dan berjaya melepasi sempadan perairan Indonesia,”katanya pada sidang media di sini hari ini.

Simon berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot yang ditinggalkan suspek mendapati terdapat satu tong berwarna hijau yang mencurigakan mengandungi dadah tersebut. -K! ONLINE

POPULAR