fbpx
Anggota polis memeriksa sijil digital vaksinasi pengunjung di lokasi perkelahan di Hulu Dungun hari ini.

Kesal ramai abai SOP sewaktu berkelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Sikap segelintir pengunjung kawasan perkelahan dan air terjun di daerah ini yang terlalu teruja beriadah sehingga mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu amat dikesali.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pemantauan pihaknya bersama pejabat kesihatan daerah mendapati masih ramai pengunjung yang tidak menjaga penjarakan fizikal dan tidak memakai pelitup muka.

“Berdasarkan pemantauan di lokasi perkelahan dan air terjun terkenal di daerah ini seperti Sungai Kelemin dan Bumbung Raja sesak dengan pengunjung sempena hujung minggu.

“Kita kesal kerana masih ramai yang tidak mengendahkan SOP dengan berkumpul beramai-ramai tanpa penjarakan fizikal selain tidak memakai penutup muka,” katanya ketika mengetuai rondaan di kawasan perkelahan di Hulu Dungun di sini hari ini.

Baharudin berkata, sikap acuh tidak acuh itu dikhuatiri boleh mengundang penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, tambah mengecewakannya, segelintir pengunjung turut mengabai keselamatan dengan membiarkan anak masing-masing mandi sungai tanpa pengawasan orang dewasa.-K! ONLINE

POPULAR