fbpx
Polis melakukan pemantauan di Robina Eco Park, Telok Air Tawar di Butterworth semalam.

Diserbu 1,000 pengunjung, Robina Eco Park ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Taman rekreasi, Robina Eco Park di Telok Air Tawar, Butterworth di sini ditutup selama lima hari bermula esok berikutan kehadiran pengunjung yang terlalu ramai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemantauan pihaknya semalam mendapati kehadiran pengunjung mencecah 1,000 hingga 2,000 orang pada satu masa.

“Dalam pemantauan tersebut, ada pengunjung gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan fizikal.

“Ada juga dalam kalangan pengunjung yang masih belum lengkap vaksin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Pegawai Daerah dan Pegawai Kesihatan Daerah pada hari ini bagi menutup sementara pusat rekreasi berkenaan.

“Ia bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan mengelakkan tanggapan negatif masyarakat setempat yang berkemungkinan akan menyebabkan ia tular di media sosial.

“Selain itu, penutupan pusat rekreasi itu juga wajar memandangkan ia berada di kawasan zon merah,” katanya lagi.

Sementara itu, Datuk Bandar MBSP, Datuk Rozali Mohamud dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menutup taman berkenaan bermula esok sehingga Rabu depan selepas mendengar nasihat polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI