fbpx

Suami maut Covid tinggalkan isteri pencen penakat lebih RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (kanan) menyerahkan pencen penakat berjumlah RM2,582 kepada Norzaliza (tiga dari kanan) di Masjid Tanah, Melaka, hari ini.

ALOR GAJAH – Seorang ibu tunggal tiga anak tidak menyangka bebanan yang terpaksa ditanggungnya secara drastik selepas kematian suami akibat Covid-19 bulan lalu lalu diringankan dengan pencen penakat berjumlah lebih RM2,000 sebulan.

Norzaliza Zakaria, 39, memberitahu, suaminya, Shaiful Aman Ab. Rahim, 45, disahkan meninggal dunia pada 18 Ogos selepas dua minggu bergelut dengan Covid-19 kategori 5 di Hospital Melaka.

Ujarnya, dia yang bekerja di sebuah syarikat swasta kemudian terpaksa menggalas amanah besar menjaga tiga anaknya masing-masing berusia 13, tujuh dan enam tahun seorang diri.

“Saya tidak sangka menerima pencen Penakat arwah suami daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah RM2,582.

“Selepas arwah suami meninggal dunia, saya terpaksa membesarkan anak-anak yang masih bersekolah seorang diri, jadi sumbangan ini sekali gus meringankan separuh beban yang ditanggung,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Norzaliza turut diberikan Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000.

Turut hadir menyantuni keluarga itu adalah Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Ismail Othman dan Pengarah Perkeso Melaka, Abd. Razak Omar.

Ismail pada kunjungan itu turut meminta ahli keluarga kepada pencarum yang khususnya tinggal di pinggir bandar tampil memberikan maklumat secepat mungkin sekiranya berlaku kematian, termasuk akibat Covid-19 untuk dibantu Skuad Prihatin Perkeso.

“Skuad ini akan turun padang untuk membantu membuat tuntutan pencen penakat secepat mungkin, malah proses ini boleh diselesaikan dalam tempoh tiga hari sahaja.

“Bagaimanapun ahli keluarga perlu memberikan maklumat dan kerjasama diperlukan, termasuk dokumen kematian,” katanya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI