fbpx

SSM serah bakul makanan kepada OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azimah menyerahkan sumbangan kepada Muhammad Huzaifah (kanan) di Pejabat PPOBM Brickfields baru-baru ini.

PETALING JAYA – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan kepada Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) untuk manfaat golongan orang kelai­nan upaya (OKU) cacat penglihatan.

Bakul makanan bernilai RM100 setiap satu diagihkan kepada 60 penerima dalam kalangan OKU cacat penglihatan.

Ia turut melibatkan sumbangan wakalah zakat korporat SSM sebanyak RM6,000 kepada PPOBM.

Majlis penyerahan sumba­ngan telah di­sempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Nor Azimah Abdul Aziz kepada Presiden PPOBM, Muhammad Huzaifah Ahmad di Pejabat PPOBM Brickfields baru-baru ini.

Nor Azimah berkata, sehingga 31 Ogos lalu, pihaknya telah mengagihkan peruntukan wakalah zakat korporat SSM sebanyak RM759,748.00 kepada golongan asnaf fakir miskin dan asnaf fisabilillah di seluruh negara.

“Bagi peruntukan tanggungjawab sosial korporat pula, SSM telah mengagihkan sebanyak RM231,939.00 kepada golongan yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI