fbpx

Sayap Bagimu sumbang peranti kepada pelajar B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sesi penyerahan peranti daripada Yayasan AEON di Sarawak baru-baru ini.

PETALING JAYA – Yayasan AEON Malaysia (MAF) menyum­bang sebanyak 2,000 peranti bernilai RM1 juta kepada pelajar Tingkatan 5.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, pelajar tersebut terdiri daripada keluarga B40 di tujuh buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak dan Sarawak.

Menurut beliau, sumbangan tersebut dibuat melalui inisiatif kelesta­rian Sayap Bagimu bagi menyokong pembelajaran secara online yang menjadi satu keperluan baharu akibat pandemik.

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan melibatkan 900,000 pelajar, di dapati 36.9 peratus daripada mereka tidak mempunyai sebarang peranti elektronik.

“Saya difahamkan akan ada bantuan fasa kedua yang akan melibatkan pemberian 2,000 unit peranti lagi kepada pelajar memerlukan.

“Kita mahu lihat lebih ba­nyak koordinasi seperti ini dalam menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan untuk mendatangkan impak yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Sayap Bagimu yang diadakan secara maya semalam.

Turut hadir Timbalan Pre­siden MAF merangkap Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin; Pe­ngarah Yayasan TM, Izlyn Ramli; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Mohd. Muzzammil Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sukarelawan Siswa, Wong Kin Lun.

Gambar hiasan

Mohd. Radzi menjelaskan, untuk program berkenaan, Yayasan TM akan membantu dalam bentuk sambungan internet percuma menerusi Unifi Mobile selama 12 bulan.

Yayasan Peneraju, menerusi Yayasan Sukarelawan Siswa pula akan menyediakan kelas tuisyen percuma secara maya selama tiga bulan bagi membantu me­ngasah kemahiran pelajar dalam subjek tertentu.

Sementara itu, Shafie menjelaskan, untuk fasa 2 Sayap Bagimu, syarikat akan membuat sumbangan sebanyak 2,000 unit peranti yang terdiri daripada Samsung Galaxy Tab A T295 menjelang akhir tahun ini, juga melibatkan rakan kerjasama yang sama.

Bantuan fasa 2 melibatkan pelajar di tujuh negeri lain yang tidak terlibat dalam fasa pertama, manakala penerima akan ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“MAF melalui JPN dan pihak sekolah juga akan memilih 40 pelajar menyertai program ke­pimpinan AEON Malaysia dan tujuh daripadanya akan dipilih mewakili Malaysia untuk menyertai Asean Youth Leaders Program pada Di­sember ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI