fbpx

Perkhidmatan kutipan sampah dijadualkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada petugas MBI menjalankan kerja-kerja kutipan sampah yang sebelum ini terganggu di Kanthan Baru, Ipoh semalam. – Gambar hiasan

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan konsesi dilantik, LTC Alam Bersih Sdn. Bhd. (LTC Alam Bersih) telah menjadualkan semula perkhidmatan kutipan sampah di sekitar bandaraya ini dengan kekerapan dua kali seminggu berbanding tiga kali seminggu mulai 20 September ini.

Jadual kutipan baharu itu akan dimaklumkan kepada penduduk setempat bagi memastikan kelancaran operasi kutipan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, langkah tersebut dibuat bagi memastikan kerja-kerja kutipan sampah tidak menimbulkan masalah selain untuk mengatasi situasi semasa.

Menurut beliau, MBI juga akan menggunakan 13 buah lori yang baru diterima untuk menjalankan tugas-tugas kutipan sampah sebagai tambahan pada kenderaan sedia ada.

“Lori-lori ini akan digunakan semula untuk perkhidmatan sampah kebun dan pukal selepas masalah sampah domestik selesai.

“Kerjasama wargakota Ipoh adalah dipohon dalam keadaan pandemik Covid-19 ini supaya meletakkan sampah rumah di dalam tong sampah masing-masing bagi memudahkan proses kutipan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Perkhidmatan Sampah Kebun dan Pukal serta pelancaran 13 buah lori terbuka bersaiz lapan tan di Jalan Wan Mohammed Salleh, Greentown di sini pagi tadi.

Ia adalah sebahagian daripada 23 buah kenderaan yang dibeli MBI dengan peruntukan kira-kira RM3.6 juta bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kutipan sampah.

MBI sebelum ini memohoh maaf kepada warga Ipoh atas gangguan perkhidmatan kutipan sampah berikutan terdapat beberapa pekerja syarikat konsesi LTC Alam Bersih disahkan positif Covid-19 sejak hujung minggu lalu.

Dalam pada itu kata Rumaizi, sebanyak 17 kenderaan baru ini akan digunakan khusus untuk perkhidmatan kutipan sampah kebun dan pukal secara percuma manakala enam kenderaan lagi bagi mengatasi masalah sampah haram.

“Sehubungan itu, MBI telah melantik seramai 56 pekerja dan 14 pemandu baharu bagi keperluan operasi kutipan sampah ini agar bandaraya Ipoh kekal bersih.

“Jika ada sebarang masalah kutipan sampah dan pembersihan, warga Ipoh boleh menghubungi talian hotline MBI 05-2551 515 atau WhatsApp 019-5503 083,” ujar beliau. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI