fbpx
Ismail Sabri

Malaysia negara bangsa berjaya, berdaulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyatuan bersama Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963 telah membina satu negara bangsa yang berjaya dan berdaulat serta Keluarga Malaysia yang tinggal dengan semangat harmoni di dalamnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia yang terbentuk pada tarikh tersebut juga masih utuh sebagai sebuah negara yang aman, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong sebagai Payung Perpaduan Negara.

“Terbinanya sebuah negara bangsa yang disebut dengan bangga sebagai negara Malaysia, adalah hasil capaian kemerdekaan Tanah Melayu 64 tahun lalu, kemudiannya terbentuk Malaysia enam tahun kemudiannya bersama-sama Sabah dan Sarawak tercinta.

“Hari ini, kita membulat tekad, memperkukuhkan azam dan membugar semangat perpaduan seluruh rakyat dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang bersatu hati sebagai satu keluarga yang berjaya dan dihormati,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut Ismail Sabri, perjalanan Malaysia selaku sebuah negara yang berdaulat sejak tarikh berkenaan juga penuh dengan cabarannya tersendiri.

“Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia yang tercinta ini penuh dengan lembaran yang berwarna-warni. Kepada Keluarga Malaysia yang amat saya sayangi, Selamat Hari Malaysia!,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

POPULAR