fbpx

Lonjakan kes baharu punca 4 lokaliti disambung PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peningkatan kes baharu Covid-19 melibatkan banduan Kompleks Penjara Penor di Pahang mengakibatkan PKPD dilanjutkan 14 hari lagi.

PUTRAJAYA – Empat lokaliti di Pahang yang sudah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 4 September lalu, disambung 14 hari sehingga 1 Oktober ini.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rodzi Md. Saad berkata, antaranya meliputi tiga perkampungan Orang Asli daripada suku kaum Jahut.

Ia melibatkan Kampung Kuala Terbol, Kampung Pian dan Kampung Lubok Wong yang sudah merekodkan 222 kes Covid-19 akibat kluster komuniti Terbol yang bermula 23 Ogos.

Penularan itu asalnya daripada seorang penduduk wanita tempatan berusia 40 tahun yang bergejala dan telah mengakibatkan seorang lelaki berumur 45 tahun maut pada Sabtu lepas.

Turut dilanjutkan PKPD ialah Kompleks Penjara Penor dalam Daerah Kuantan yang sudah mencatatkan 450 kes kumulatif sejak kes indeks pada 28 Julai dan kematian dua banduan.

Kluster Tembok Penor di penjara berkeluasan 80 hektar itu mula diisytihar pada 8 Ogos dan juga menyebabkan seorang penduduk di Kampung Acheh, Pekan dijangkiti pada Isnin lalu. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI