fbpx

Lelaki amuk bawa sabit miliki 10 rekod jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki membawa senjata tajam di Jalan Ketitir, Bukit Gambir, hari ini.

GEORGE TOWN – Polis mengesahkan lelaki yang bertindak agresif sambil membawa dua bilah parang di Jalan Bukit Gambir pagi tadi memiliki 10 rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 53 tahun itu mempunyai sembilan rekod berkaitan dadah dan satu kes jenayah.

Menurutnya, saringan air kencing ke atas suspek juga mendapati positif dadah jenis heroin.

“Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca serta motif sebenar suspek bertindak sedemikian dan akan dirujuk ke hospital bagi menjalani rawatan serta penilaian tahap kesihatan mental.

“Dalam kejadian itu, polis berjaya merampas dua bilah sabit yang dibawanya ketika cuba bertindak menakutkan pengguna jalan raya dan penduduk perumahan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan pasukan bomba dan polis mengambil masa sejam untuk menangkap seorang lelaki dipercayai kurang siuman pagi tadi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI