fbpx

 40 jemaah dibenar solat di Kelantan mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) membenarkan seramai 40 orang jemaah untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di semua majid serta surau di negeri ini bermula esok.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran itu hanya diberikan kepada kakitangan masjid dan jemaah terpilih yang sudah lengkap dua dos vaksin.

Menurutnya, Maik turut menetapkan syarat iaitu penerima vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac wajib melepasi hari ke-14 daripada tarikh suntikan dos kedua untuk menunaikan solat.

“Bagi penerima vaksin satu dos suntikan iaitu Johnson & Johnson dan CanSino, mereka perlu melepasi hari ke-28 daripada tarikh suntikan.

“Kakitangan masjid dan jemaah yang hadir diwajibkan memakai pelitup muka dan digalakkan memakai dua lapis pelitup muka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya yang juga Tengku Temenggong Kelantan, sehubungan dengan itu, pihak masjid dan surau perlu membuka semua pintu, tingkap serta kipas bagi memastikan sistem pengudaraan yang baik dan selamat, namun penggunaan pendingin hawa adalah tidak digalakkan.

Menurutnya, masa aktiviti di dalam masjid dan surau perlu disingkatkan untuk aktiviti yang wajib sahaja iaitu satu jam sebelum solat Jumaat dan 30 minit bagi solat fardu.

“Pengurusan masjid dan surau perlu membuat penandaan antara jemaah dengan jarak sekurang-kurangnya dua meter.

“Kebenaran solat fardu dan Jumaat itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI